Jumlah penerima subsidi rawatan hemodialisis meningkat

Dr Lee Boon Chye - Foto Bernama
Dr Lee Boon Chye - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah pesakit yang menerima subsidi bagi menjalani rawatan hemodialisis akibat kegagalan ginjal kronik di 125 pusat hemodialisis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah kendalian Kementerian Kesihatan (KKM) tahun ini meningkat sebanyak 37.27 peratus berbanding tahun 2017, Dewan Negara dimaklumkan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, sehingga November lepas jumlah pesakit yang menerima subsidi tersebut adalah 3,315 orang berbanding dua tahun lepas iaitu 2,459 pada 2018 dan 2,415 orang pada 2017, di 122 pusat hemodialisis.

"Setakat ini, lebih 42,000 pesakit sedang menjalani rawatan hemodialisis dengan 8,900 daripadanya menjalani rawatan itu di pusat hemodialisis NGO kendalian KKM.

"Sementara 2,688 pesakit pula menjalani dialisis peritoneum kitaran berterusan (CAPD) manakala lebih 2,900 pesakit berada dalam senarai menunggu bagi mendapatkan rawatan bersubsidi ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Paul Iagi yang ingin tahun jumlah pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan menjalani rawatan hemodialisis di pusat hemodialisis NGO yang berdaftar dengan KKM sejak tahun 2017 hingga sekarang serta kecukupan pusat tersebut.

Boon Chye berkata, kementerian itu sedang merancang untuk menambah kakitangan dan kemudahan di pusat dialisis di KKM untuk menampung rawatan bagi semua pesakit. - Bernama

Artikel Berkaitan: