Foto gadis berhijab di Twitter FC Schalke 04

Paparan Twitter FC Schalke 04 memuat naik wajah Qhouirunnisa tular di laman sosial.
Paparan Twitter FC Schalke 04 memuat naik wajah Qhouirunnisa tular di laman sosial.
A
A
A

FOTO seorang gadis berhijab di Twitter pasukan bola sepak FC Schalke 04 mencuri perhatian netizen dengan pelbagai reaksi.

Sebelum ini, gadis berkenaan Qhouirunnisa' Endang Wahyudi, 19, tular di laman sosial kerana memiliki kehebatan menimbang bola dengan memakai hijab dan berjubah.

Qhouirunnisa' juga memuat naik gambar yang sama di Instagram miliknya dengan status posting, "Macam nak azan pun ada."

Aksi menimbang bola sepak Qhouirunnisa' yang bersahaja itu menjadikan gadis itu terkenal di seluruh dunia malah bakatnya menarik perhatian pemain dari pasukan bola sepak Jerman, Mats Hummels.

Pertemuan bersama Mats Hummels juga dimuat naik di YouTube rasminya bertarikh 18 April 2019.

Menerusi video itu Qhouirunnisa' melakukan beberapa gerakan rumit untuk dipertontonkan kepada peminatnya.

Gadis berkenaan meminati pemain bola sepak Peranchis, Lisa Zimouche sebagai inspirasi bagi melihat corak permainan dalam sukan itu.

Ciap @aqmal, "Bestnya dapat pergi Jerman, hopefully one day dapat pergi sana!"

Artikel Berkaitan: