Banjir di Kelantan: Penduduk diminta patuh arahan berpindah

Banjir gelombang kedua di negeri ini kini bermula dengan pembukaan lebih 20 pusat pemindahan sementara (PPS) sejak awal pagi tadi. - Foto FB INFO BANJIR KELANTAN
Banjir gelombang kedua di negeri ini kini bermula dengan pembukaan lebih 20 pusat pemindahan sementara (PPS) sejak awal pagi tadi. - Foto FB INFO BANJIR KELANTAN
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menasihatkan penduduk yang berada di kawasan berisiko banjir di negeri ini untuk berpindah lebih awal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, mereka juga perlu mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa dan segera bertindak jika diarahkan berpindah.

“Apabila mendapat arahan untuk berpindah, maka segeralah berpindah dan bawa dokumen yang penting bersama supaya semua urusan di pusat pemindahan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Kalau pindah saat akhir, nanti kita akan menyusahkan semua pihak dan kepada mereka yang ada anak kecil, pantau dan jaga sebaik mungkin. Jangan biarkan mereka berkeliaran tanpa kawalan dan jangan jadikan banjir seperti pesta air,” katanya selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Banjir gelombang kedua di negeri ini kini bermula dengan pembukaan lebih 20 pusat pemindahan sementara (PPS) sejak awal pagi tadi. Jumlah pemindahan mangsa juga semakin bertambah dari semasa ke semasa terutamanya melibatkan kawasan Jeli, Tanah Merah dan Machang.

Banjir gelombang kedua di negeri ini kini bermula dengan pembukaan lebih 20 pusat pemindahan sementara (PPS) sejak awal pagi tadi. - Foto FB INFO BANJIR KELANTAN
Banjir gelombang kedua di negeri ini kini bermula dengan pembukaan lebih 20 pusat pemindahan sementara (PPS) sejak awal pagi tadi. - Foto FB INFO BANJIR KELANTAN

Sebelum ini Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memberikan amaran gelombang banjir kedua dijangka akan berlaku pada 25 dan 26 Disember ini.

Jabatan Meteorologi melalui laman web rasminya turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) pada jam 12 tengah hari tadi.

Artikel Berkaitan:

Angin kencang timur laut dijangka berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan dan Terengganu sehingga esok.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.