131 aduan pengguna berjaya diselesaikan

No Image Caption
A
A
A

TAWAU - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau telah menyelesaikan 131 daripada 159 aduan pengguna sepanjang tahun ini, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Tawau, Aslani Dabi.

Beliau berkata, daripada bakinya itu, 11 masih dalam siasatan manakala selebihnya diserahkan kepada pihak berkuasa lain untuk tindakan lanjut.

"Pada tahun ini, KPDNHEP telah membuka 160 kes membabitkan barang rampasan bernilai RM606,334 dan kompaun berjumlah RM35,950," katanya ketika berucap pada majlis Malam Apresiasi KPDNHEP bersama media di sini malam tadi.

Malam apresiasi itu dirasmikan oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Ir Amrullah Kamal.

Aslani turut melahirkan penghargaan kepada media atas kerjasama dalam membantu KPDNHEP khususnya dalam hal berkaitan kepenggunaan.

Amrullah menyifatkan majlis itu merupakan inisiatif KPDNHEP untuk mengiktiraf sumbangan media sambil mengeratkan hubungan. - Bernama

Artikel Berkaitan: