Nor Hakim tekad balas kepercayaan

Nor Hakim tekad memberikan aksi terbaik bersama pasukan baharunya Selangor pada saingan Liga-M 2020. - Foto Asiana.my
Nor Hakim tekad memberikan aksi terbaik bersama pasukan baharunya Selangor pada saingan Liga-M 2020. - Foto Asiana.my
A
A
A

PEMAIN lincah baharu Selangor, Nor Hakim Hassan berjanji akan mempamerkan aksi terbaik bagi meraih kepercayaan pengendali The Red Giants, B Sathianathan dalam membarisi kesebelasan utama juara 33 kali Piala Malaysia itu bagi saingan Liga-Malaysia (Liga-M) 2020.

Mengakui beliau bakal berdepan saingan daripada jentera berpengalaman Selangor lain seperti Syazwan Zainon dan Wan Zack Haikal Wan Noor, namun bekas pemain Perak musim lalu berusia 28 tahun itu bertekad untuk memberi aksi terbaik bersama pasukan baharunya berkenaan.

“Saya anggap ia sebagai satu perkembangan positif kerana Selangor mempunyai ramai pemain berkualiti dan jurulatih berpengalaman bagi mengharungi saingan musim depan.

“Cumanya saya beri jaminan akan memberi aksi terbaik bagi meraih kepercayaan jurulatih untuk mengisi kesebelasan utama The Red Giants.

“Kehadiran saya bersama Selangor pada saingan Liga Malaysia 2020 adalah bagi memastikan The Red Giants mencipta lebih banyak kejayaan untuk penyokong setia The Red Giants,” kata pemain itu yang menyifatkan peluang menyarung jersi Selangor bagi saingan Liga-M 2020 adalah satu penghormatan kepadanya.

Untuk rekod, pemain kelahiran bumi Terengganu Darul Iman itu sebelum ini berbakti selama dua musim bersama The Bos Gaurus.

Nor Hakim yang sentiasa menjadi pilihan Mehmet Durakovic dalam mengisi kesebelasan utama skuad Kejor Yeop Kejor pernah membantu Perak menjulang Piala Raja Bolasepak Malaysia iaitu Piala Malaysia pada 2018.

Artikel Berkaitan: