Wanita maut, 4x4 dinaiki rempuh kereta di laluan bertentangan

Kereta Perodua Myvi yang terjatuh ke dalam gaung akibat kemalangan.
Kereta Perodua Myvi yang terjatuh ke dalam gaung akibat kemalangan.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang wanita maut apabila pacuan empat roda dinaikinya terbabas di Kilometer 52, Jalan Gua Musang - Kuala Krai, petang tadi.

Mangsa yang juga penumpang, Zalina Ariffin, 53, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu, Ahmad Akmannizam Mohammad, 48, cedera ringan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang

Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kemalangan itu melibatkan dua kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Perodua Myvi.

Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa rosak teruk akibat kemalangan.
Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa rosak teruk akibat kemalangan.

"Mangsa yang berasal dari Kota Bharu bersama pemandu dalam perjalanan dari Gua Musang menuju ke Kuala Krai dan sebaik tiba di lokasi kenderaan mereka hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Kenderaan mereka kemudiannya merempuh kereta Perodua Myvi yang berada di laluan hingga menyebabkan kereta dipandu Wong Kong Hey, 52, terjatuh ke dalam gaung sedalam 12.7 meter.

Menurutnya, pemandu Perodua Myvi yang patah kaki kanan dan cedera di bahagian perut kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan," katanya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: