X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Tesla, Apple didakwa sebabkan kematian kanak-kanak di DRC

Kanak-kanak dipaksa menjadi buruh untuk mengutip sumber kobalt. - Foto Agensi
A
A

NEW YORK - Lima syarikat teknologi terbesar di dunia didakwa terlibat menyebabkan kematian kanak-kanak di Republik Demokratik Congo (DRC) yang dipaksa melombong kobalt, logam digunakan untuk menghasilkan telefon dan komputer.

Aduan undang-undang bagi pihak 14 keluarga dari DRC itu difailkan Ahad lalu oleh Penasihat Hak Antarabangsa, sebuah organisasi bukan keuntungan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) terhadap Tesla Inc, Apple Inc, Alphabet Inc, Microsoft Corp dan Dell Technologies Inc.

Kesemua syarikat berkenaan adalah sebahagian daripada sistem buruh paksa dan keluarga mangsa mendakwa ia membawa kepada kematian serta kecederaan serius terhadap anak-anak mereka.

Dakwaan itu adalah yang pertama kali industri teknologi berdepan tindakan undang-undang berkaitan sumber kobaltnya.

Menerusi gambar dalam dokumen mahkamah difailkan di Mahkamah Daerah Washington DC turut menunjukkan anggota badan kanak-kanak yang cacat.

"Syarikat terkaya di dunia dan syarikat yang menghasilkan gajet mewah ini membiarkan kanak-kanak menjadi kudung atau terbunuh sema-mata untuk mendapatkan kobalt murah mereka," kata seorang peguam, Terrence Collingsworth yang mewakili keluarga mangsa.

Enam daripada 14 budak dalam kes terbabit maut akibat runtuhan terowong dan selebihnya cedera termasuk lumpuh. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!