X

Kindly register in order to view this article
!

Jenayah Indeks Negeri Sembilan turun 313 kes

Mohamad menyerahkan tongkat kepada Mohd Hafiz sebagai simbolik penyerahan tugas.
A
A

JEMPOL- Indeks jenayah di Negeri Sembilan menurun sebanyak 313 kes kepada 3,192 dari Januari sehingga hari ini berbanding tahun lepas sebanyak 3,505 dalam tempoh sama.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, setakat ini, kadar jenayah indeks merekodkan penurunan sebanyak 8.93 peratus berbanding sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu sembilan peratus.

"Kita percaya polis Negeri Sembilan mampu mencapai sasaran penurunan peratus jenayah indeks menjelang penghujung tahun ini.

"Kita akan terus berusaha mengurangkan kadar jenayah," katanya kepada pemberita selepas selesai Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Jempol di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, jenayah indeks paling banyak direkodkan di negeri ini adalah kes lain-lain kecurian, pecah rumah dan curi kenderaan.

"Kita juga memberi tumpuan terhadap kes rogol, samun atau jenayah traumatik tahun hadapan," katanya.

Terdahulu, Mohamad menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Muhd Nurhishamuddin Hashim kepada Deputi Superintenden, Mohd Hafiz Muhammad Nor hari ini.

Mohd Hafiz merupakan Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol akan memangku jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Jempol berkuatkuasa kuasa hari ini.

Sementara itu, Muhd Nurhishamuddin, bersara wajib selepas 39 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf