Yusoff Rawther hadir ke Bukit Aman jalani ujian poligrafi

Yusoff hadir bersama peguamnya di Bukit Aman tadi.
Yusoff hadir bersama peguamnya di Bukit Aman tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Muhammed Yusoff Rawther hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini untuk menjalani ujian poligrafi dalam siasatan kes mengenai dakwaannya dicabul oleh seorang ahli politik.

Muhammed Yusoff hadir bersama peguamnya, Datuk Mohamed Haniff Khatri pada jam 2.50 petang tadi.

Mohamed Haniff berharap tempoh masa untuk ujian poligraf ke atas anak guamnya tidak mengambil masa lama seperti sebelum ini.

Pada 9 Disember lalu, Muhammed Yusoff selesai memberi keterangan yang mengambil masa selama lapan jam kepada Unit Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5)Jabatan Siastaan Jenayah Bukit Aman.

Muhammed Yusoff kemudian datang semula ke Bukit Aman keesokan harinya untuk menyambung keterangan selama tiga jam berhubung Akuan Bersumpah (SD) serta laporan polis di IPD Sentul dibuat pada 7 Disember lalu atas dakwaan menjadi mangsa cabul.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan: