'Jangan ikut trend, kena selidik dulu'

Paparan Twitter @aidanurariza tular di laman sosial.
Paparan Twitter @aidanurariza tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkongsian seorang pelayar Twitter berhubung cenderamata dari Jepun didakwa tidak halal malah sering dibeli oleh pelancong dari negara ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi pelayar Twitter @aidanurariza, dia melontarkan kenyataan itu kerana bimbang status halal sesebuah produk itu diragui.

"Antara souvenirs (cenderamata) yang ramai saya nampak Melayu beli tadi tak halal terutama Tokyo banana. Dah banyak kali tegur 'Malay tourists' dia lapangan terbang pasal ni tapi ramai beli jugak," ciapnya.

Antara snek popular yang dikongsi seperti Kitkat di Jepun, shiroi koibito dan Tokyo Banana.

Pada hantaran yang sama, @aidanurariza turut menampilkan beberapa keterangan berkaitan kandungan produk Tokyo banana mengandungi arak dan gelatin.

No Image Caption

Reaksi netizen dalam perkongsian itu nyata terkejut kerana rata-rata pernah merasai produk tersebut.

"Saya dah biasa makan yang no 2 tu, boss from Japan belikan masa intern. Tapi sedap." kata @wani.

Artikel Berkaitan:

Kata @YanaQyla, "Saya pernah makan Tokyo Banana tuu."

Bagaimanapun mereka mengucapkan terima kasih di atas perkongsian kerana sangat bermanfaat untuk pelancong Malaysia berkunjung ke Jepun.

@loeyknn, "Terima kasih kerana berkongsi, sama juga di Korea. Orang Malaysia suka je beli apa yang dia rasa nak. Dah tahu tiada pemandu pelancong, sekurangnya selidik dahulu. Ada yang saya pernah tegur, cakap biskut itu ada gelatin lembu namun dia tanya balik, 'lembu tak halal ke?' sambil sambung bayar..." ciapnya.

Selain itu, @tyuler berkata, "Jangan ikut trend atau lihat kawan beli, kita nak beli juga. Kena selidik dulu..."