'Syurga bawah tapak kaki ibu'

Ciapan Twitter Tunku Azizah tular di laman sosial.
Ciapan Twitter Tunku Azizah tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Aksi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memeluk putera kesayangannya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS) mencuri perhatian netizen.

Menerusi ciapan di Twitter rasminya, baginda mengungkapkan rasa kasih, sayang buat anakandanya kerana terpaksa menundukkan badan ketika memeluk dan mencium dirinya.

"Kesian Hassanal kena tunduk nak cium dan peluk mama," ciapnya pantas tular di laman sosial.

Gelagat comel itu dirakam ketika Tengku Hassanal, 24, antara 242 pegawai kadet yang ditauliahkan di perbarisan Sovereign’s Parade di Sandhurst, yang dirasmikan oleh Sophie, Countess of Wessex, sebagai mewakili Ratu Elizabeth II.

Kata-kata baginda itu membuatkan netizen berseloroh dalam nada gurau menyatakan bukan Permaisuri yang rendah tetapi Tengku Hassanal yang tinggi.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyatakan kedudukan seorang ibu adalah lebih mulia kerana syurga buat anak ialah dibawah tapak kaki ibu.

"Bbukan Tuanku yang rendah, baginda Hassanal yang tinggi. Dah itu sepatutnya Tuanku, kan syurga bawah tapak kaki ibu, maka analoginya perlu lebih paling tunduk dan rendah serendah mungkin," ciap @aj.

@amirrembau11gm1 turut memberi respon kepada ciapan baginda, "Anak muda zaman sekarang tinggi-tinggi, tak macam orang zaman kita ni Tuanku, rendah-rendah."

Artikel Berkaitan:

Kata @israfnajahah, "Dulu, ibu kita yang tinggi. Sekarang, ibu kita yang rendah tapi darjat mereka tetap tinggi tidak pernah rendah. Sehingga Rasulullah menyebut berulang kali 'ibu, ibu, ibu' untuk dimuliakan dahulu sebelum seorang ayah."

@frhain97 memberitahu, gelagat baginda bersama Tengku Hassanal menggambarkan keutuhan kasih sayang antara seorang ibu dan anaknya.

"Alolo sweetnya kasih sayang seorang anak terhadap ibunya."

Sebelum ini, Tengku Hassanal menyertai perbarisan Sovereign's Parade bagi menandakan berakhirnya latihan tentera 44 minggu dan menyaksikan perbarisan pegawai kadet yang telah menamatkan ‘Commissioning Course’.

RMAS adalah salah satu daripada beberapa akademi tentera United Kingdom dan merupakan pusat latihan pegawai tentera British.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong gembira pentauliahan Tengku Hassanal di akademi tentera