Polis kesan sembilan individu bantu siasat kematian Adib

Polis kesan sembilan saksi bantu siasat kes Muhammad Adib.
Polis kesan sembilan saksi bantu siasat kes Muhammad Adib.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesan sembilan individu bagi membantu siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kesemua individu itu merupakan saksi di lokasi kejadian.

"Kita juga telah merakam 31 keterangan saksi termasuk polis, pakar perubatan dan saksi lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Huzir memaklumkan, pihaknya akan memohon Malaysian Medical Council untuk mendapatkan laporan pakar berhubung bedah siasat Muhammad Adib.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah putuskan Adib dipukul sekumpulan lelaki

Pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu, selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.

No Image Caption

Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.

Artikel Berkaitan: