Bunyi meriam di Johor Lama hanya cakap-cakap kosong

Status yang tular di Facebook berkenaan meriam misteri dari Gunung Panti, Kota Tinggi.
Status yang tular di Facebook berkenaan meriam misteri dari Gunung Panti, Kota Tinggi.
A
A
A

KOTA TINGGI - Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail menafikan dakwaan yang tular di media sosial berkenaan bunyi meriam dari Gunung Panti atau Johor Lama sebagai amaran banjir.

Farizal berkata, penduduk dan pengguna media sosial seharusnya bersama- sama mendoakan kesejahteraan agar kawasan itu pulih daripada banjir daripada membuat kenyataan palsu.

“Ada viral kata bunyi meriam semua. Itu cakap-cakap kosong sahajalah kita pun tidak tahu.

“Di peringkat daerah kita bersedia dengan apa juga keadaan. Sekarang yang menjadi tumpuan adalah kawasan di Sedili tetapi jika terlibat banjir di bandar kita akan gerakkan aset ke bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mengiringi Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil.

Terdahulu, tular status seorang pengguna Facebook berbunyi ‘dentuman amaran meriam misteri telah bergema dengan kuatnya sama ada dari arah Gunung Panti atau Johor Lama.. bermakna persiapkalah diri'.

Artikel Berkaitan: