Jalan, kawasan rumah penduduk dipenuhi lumpur

Keadaan hadapan rumah penduduk yang masih dipenuhi lumpur.
Keadaan hadapan rumah penduduk yang masih dipenuhi lumpur.
A
A
A

KUALA KRAI - Penduduk Kampung Bukit Sireh di sini hidup dalam kebimbangan setiap kali tiba musim tengkujuh apabila kawasan berkenaan juga tidak terkecuali dilanda banjir.

Penduduk, Mohd Aziz Che Soh, 61, berkata, meskipun air sudah surut sejak lebih dua minggu lalu namun jalan ke kawasan rumah masih berlumpur tebal.

Menurutnya, dia terpaksa meninggalkan kereta di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bedal kerana keadaan di sepanjang jalan berlumpur dan menyukarkan kenderaan untuk bergerak.

"Sekolah itu terletak kira-kira 800 meter dari rumah. Saya tiada pilihan dan terpaksa parkir kereta di sana dan berjalan kaki ke rumah.

"Keadaan jalan sangat teruk dan tiada kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pihak-pihak terlibat," katanya./p>

Mohd Aziz (kiri) menunjukkan kawasan rumahnya yang masih berlumpur tebal walaupun banjir sudah surut.
Mohd Aziz (kiri) menunjukkan kawasan rumahnya yang masih berlumpur tebal walaupun banjir sudah surut.

Katanya, walaupun setiap tahun berdepan dengan banjir namun mereka sekeluarga tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak.

Sementara itu, Mohd Shukri Mahaidin, 40, berkata, setiap tahun rumahnya dinaiki air dan turut merosakkan harta benda.

Artikel Berkaitan:

"Banjir baru-baru ini turut menenggelamkan sebahagian struktur rumah saya. Kesan banjir sehingga kini masih belum pulih apabila lumpur tebal masih ada di kawasan rumah dan jalan.

"Dengan keadaan cuaca yang masih lagi hujan, saya bimbang gelombang kedua akan berlaku," katanya.