Maut dibunuh puak terpencil di Pulau Andaman

 John Allen Chau (depan) maut dibunuh puak Sentinelese. - FOTO Foto Christian Caron /Instagram/John Chau)
John Allen Chau (depan) maut dibunuh puak Sentinelese. - FOTO Foto Christian Caron /Instagram/John Chau)
A
A
A
PORT BLAIR - Seorang warga Amerika Syarikat yang menjejakkan kaki di Pulau North Sentinel, sebahagian dari Kepulauan Andaman dan Nicobar dibunuh puak terpencil yang menghuni pulau tersebut, kata polis India, kelmarin.

John Allen Chau, 27, dari Alabama, dikatakan menawarkan wang kepada nelayan tempatan untuk membawanya ke pulau yang menempatkan puak Sentinelese, namun mereka hanya membawanya separuh jalan dan mangsa berkayak sendiri hingga ke pantai.

Sumber tempatan berkata, nelayan yang membawa Chau melihat ahli puak Sentinelese menyerang mangsa dengan anak panah, namun Chau terus berjalan.

Leher mangsa kemudian dijerut sebelum tubuhnya diheret, kata saksi yang ketakutan lalu melarikan diri.

Hindustan Times melaporkan, mayat Chau ditemui pada 20 November lalu namun masih belum dibawa keluar dari pulau tersebut.
Artikel Berkaitan:


Puak Sentinelese hidup terasing dan tidak suka kehadiran pihak luar, dianggarkan hanya terdapat 50 ke 150 keluarga yang menghuni Pulau North Sentinel. - BBC

https://youtu.be/_tZbCzxdnI8
Play Icon