103 rumah terjejas, lima pencawang elektrik TNB ditutup

Banjir semakin buruk di beberapa kawasan di Johor -fotoBERNAMA
Banjir semakin buruk di beberapa kawasan di Johor -fotoBERNAMA
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd (Bhd) terpaksa ditutup sejak petang tadi atas faktor keselamatan berikutan banjir yang melanda Johor sehingga menjejaskan sembilan daerah.

Ketua Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Retail TNB Johor, Datuk Baderul Sham Saad berkata, kelima-lima pencawang elektrik itu yang mengalami kehilangan beban berjumlah 0.84 megawatt (MW) terletak di daerah Kota Tinggi iaitu di Batu 2 Jalan Mawai dan Mawai Lama.

“Penutupan kelima-lima pencawang itu menyebabkan gangguan elektrik kepada 103 akaun pengguna sejak jam 4.30 petang tadi. Kebanyakan pengguna yang terlibat kita percaya sudah pun berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS),” kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Selain itu, sebuah kawasan iaitu perkampungan orang asli di Kampung Labung Endau, dekat Mersing, turut dipotong bekalan elektrik sejak tengah hari akibat banjir.

"Kita terpaksa memotong bekalan elektrik di situ sejak tengah hari tadi berikutan rumah di kawasan itu ditenggelami air.

"Jadi kita potong bekalan atas faktor keselamatan yang melibatkan kira-kira 30 akaun pengguna. Penduduk kampung berkenaan juga telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara," katanya.

Baderul berkata, untuk memantau aset TNB, pihaknya telah pun membuka bilik gerakan banjir bagi mengetahui status setiap aset di kawasan terjejas banjir.

Artikel Berkaitan:

Beberapa daerah di Johor dilanda banjir sejak semalam.
Beberapa daerah di Johor dilanda banjir sejak semalam.

TNB kini mempunyai sebanyak 102 pencawang utama, 93 pencawang pembahagian utama dan 13,770 pencawang elektrik di seluruh negeri Johor.

"Kita juga sentiasa memantau bekalan elektrik di semua PPS yang dibuka bagi memastikan bekalan sentiasa ada," kata beliau sambil menambah sebanyak 42 mobile genset dan 55 portable genset untuk kegunaan PPS sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.

Dalam masa yang sama Baderul juga menasihati orang ramai supaya tidak mendekati sebarang pepasangan TNB demi keselamatan diri dan mengelakkan daripada renjatan elektrik.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai status bekalan elektrik di kawasan mereka, orang ramai boleh menghubungi TNB Careline 15454 atau Facebook TNB Careline jika ternampak pepasangan TNB teralih atau tumbang. - Bernama