X

Kindly register in order to view this article
!

Wakaf Tapai bakal berubah wajah

Ahmad Izani (belakang, lima dari kiri) bersama penerima penghargaan Malam Apresiasi Usahawan Terengganu (MAPUMT) 2019 di Quinara Al Safir Resort di sini malam tadi.
A
A

KUALA NERUS – Wakaf Tapai, Marang bakal berubah wajah apabila Gabungan Dewan Perniagaan Terengganu (GDPT) akan membangunkan sebuah kawasan perindustrian seluas 40.4 hektar di sana pada tahun depan.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPMMT), Ahmad Izani Ab Ghani berkata, pelaburan bernilai antara RM300 hingga RM400 juta itu melibatkan 10 pelabur tempatan dan luar negara.

Menurutnya, projek dinamakan sebagai Taman Inovasi Wakaf Tapai (WTIP) itu kini berada pada peringkat penyelesaian tapak dengan kerajaan negeri.

“Kita jangka dalam dua bulan lagi akan selesai urusan tapak. Sebaik saja selesai, kita akan mulakan projek ini dengan pembangunan fasiliti di sana,” katanya pada Malam Apresiasi Usahawan Terengganu (MAPUMT) 2019 di Quinara Al Safir Resort di sini malam tadi.

Majlis untuk memberi penghargaan kepada usahawan Melayu Terengganu atas pencapaian mereka sepanjang tahun itu disempurnakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Ahmad Izani berkata, setakat ini, sepuluh pelabur dari Terengganu, Kuala Lumpur dan luar negara seperti China dan Thailand akan menyertai projek tersebut yang akan memberi manfaat ekonomi dan peluang pekerjaan khususnya kepada masyarakat setempat.

Katanya, GDPT juga sudah mengenalpasti beberapa industri berpotensi yang akan bertapak di sana nanti antaranya adalah teknologi hijau dan bidang pengurusan sisa buangan.

“Selain itu, perusahaan kecil serta sederhana (PKS) yang menggunapakai teknologi-teknologi baharu juga akan ada di sana,” katanya.

GDPT adalah gabungan perniagaan Terengganu terdiri daripada DPMMT, Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Terengganu dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus