Hyper Rich A juara street soccer

Ketua Pegawai Operasi Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pegawai Operasi, Sin Chew Daily, Tan Lee Chin bersama kesemua pemenang street soccer 4on4.
Ketua Pegawai Operasi Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pegawai Operasi, Sin Chew Daily, Tan Lee Chin bersama kesemua pemenang street soccer 4on4.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan Hyper Rich A, muncul juara bagi sukan street soccer 4on4 sempena program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi di Dataran Kumpulan Karangkraf hari ini.

Hyper Rich A menewaskan Sinchan FC 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti yang disempurnakan di bawah khemah utama setelah perlawanan di peringkat suku akhir terpaksa dihentika berikutan hujan lebat.

Mengulas lanjut, pengurus yang juga kapten Hyper Rich A, R Prabagaran, 43, berkata, pihaknya gembira dengan kejayaan berkenaan biarpun ia terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Menurut Prabagaran, pihaknya turut berpuas hati dengan penganjuran program berkenaan dan berharap dapat menyertainya lagi pada masa hadapan.

"Bagi saya program ini baik dan memberikan motivasi kepada peserta untuk memberikan aksi yang terbaik.

"Matlamat program ini iaitu Sukan Tanpa Diskriminasi berjaya dicapai kerana kita lihat penyertaan daripada peserta Melayu, India dan Cina pada program ini," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah hari ini.

Selaku juata, Hyper Rich A membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, trofi serta medal manakala Sinchan FC selaku naib juara menerima RM2,000 serta medal.

Artikel Berkaitan:

Hyper Rich A meraikan kejayaan muncul juara bersama Ketua Pegawai Operasi Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pegawai Operasi, Sin Chew Daily, Tan Lee Chin.
Hyper Rich A meraikan kejayaan muncul juara bersama Ketua Pegawai Operasi Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pegawai Operasi, Sin Chew Daily, Tan Lee Chin.

Sementara itu, kepten Sinchan FC, Ahmad Marzuqi Azizi, 26, berkata, pihaknya agak sedih kerana gagal pulang selaku juara kali ini.

Bagaimanapun katanya, pasukan berkenaan akan kembali menyertai program berkenaan tahun hadapan.

"Terkilan jugalah sebab tak dapat main sampai peringkat akhir, setakat penalti sahaja.

"Tahun depan pasti championlah! Apa pun, tahniah diucapkan atas penganjuran program yang baik ini," katanya.