Sila log masuk terlebih dahulu.

'PH sedang diuji, sama seperti DAP'

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (tengah) bersama Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow (kanan) bersalaman dengan para perwakilan yang hadir pada Majlis Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang hari ini.Foto: Bernama
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (tengah) bersama Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow (kanan) bersalaman dengan para perwakilan yang hadir pada Majlis Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang hari ini.Foto: Bernama
A
A
A

SEBERANG PERAI - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini sedang diuji untuk membuktikan kemampuannya dalam mentadbir negara sama seperti yang dilalui DAP ketika menjadi pembangkang di Pulau Pinang satu ketika dahulu.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sehubungan itu berkata, kerajaan PH perlu menempuh pelbagai cabaran untuk menjadi sebuah kerajaan yang baik selain dipercayai rakyat.

"PH sedang diuji setakat mana kita mampu menjadi sebuah kerajaan Persekutuan yang berkesan. Selain usaha untuk menjadi kerajaan yang baik, kita juga perlu membetulkan segala penyelewengan dan kelemahan kerajaan yang lalu.

"Sama seperti DAP dahulu ketika mula-mula menjadi kerajaan negeri dahulu. Kita juga menghadapi cabaran yang sama untuk menjadi kerajaan negeri dengan pencapaian yang dikecapi selama 11 tahun ini. Banyak cabaran yang perlu ditempuh sebelum kita menjadi stabil," katanya ketika menyampaikan ucapan di Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini semalam.

Kon Yew berkata, kedudukan PH di Pulau Pinang bukan dikecapi dalam tempoh singkat selain mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong perjuangan parti.

"10 tahun bukan satu tempoh yang singkat namun kita berjaya mencapai kestabilan. Kejayaan itu bukan hanya usaha kerajaan negeri malah dengan bantuan Exco, wakil rakyat, ahli majlis, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Komuniti (JKKK) serta jentera parti," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, di Pulau Pinang, sebanyak 70 peratus dari 68 janji yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRY14) lalu telah dilaksanakan.

Artikel Berkaitan: