Waspada banjir gelombang kedua di Kelantan

No Image Caption
A
A
A
PASIR PUTEH – Penduduk di kawasan pesisiran pantai di Kelantan dinasihatkan supaya menjauhi aktiviti laut sepanjang musim monsun yang sedang berlaku ketika ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, langkah itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

"Nasihat saya, penduduk di pesisir pantai perlu sentiasa waspada dan peka dengan arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.

Menurutnya, sekiranya bendera merah dinaikkan penduduk diingatkan supaya menjauhi semua aktiviti di kawasan laut.

Katanya, APMM Kelantan sentiasa berada dalam bersedia dari segi aset dan keanggotaan bagi menghadapi sebarang kejadian kecemasan di laut.

"Sekiranya angin kencang dan ombak mengancam keselamatan penduduk pesisir pantai mereka perlulah segera berpindah," katanya.

Muhd Nur Syam Asmawie berkata, bermula November sehingga ke hari ini, APMM Kelantan tidak menerima sebarang laporan atau aduan bagi kes orang lemas, orang jatuh laut, bot rosak dan bot karam bagi perairan negeri Kelantan.

Katanya, ia menunjukkan bahawa kesedaran komuniti maritim berada pada tahap baik kerana meningkatkan kewaspadaan apabila melaksanakan sebarang aktiviti di laut dan pinggir pantai.

Menurutnya, orang ramai boleh menghubungi APMM di talian 09-778 0070 atau 999 untuk sebarang kes kecemasan.
Artikel Berkaitan: