Seni rakam selfie menggunakan Vivo V11/V11i

A
A
A

ANDA pasti perasan 8 dari 10 kawan anda di Instagram dan Facebook suka merakam selfie. Kita berada di era selfie, fenomena budaya aneh untuk memuaskan obsesi individu dalam bentuk gambar dengan cara memegang peranti di hadapan muka. Tekan butang dan gambar tersebut akan dimuat naik ke laman sosial.

Dalam era selfie ini, terdapat mereka yang betul-betul serius melakukannya. Untuk peminat selfie, sudah sampai masanya anda memperhebatkan lagi 'permainan' selfie anda. Jawapan kepada pembaikan tersebut tidak semestinya anda perlu lebih banyak bersolek, rambut lebih cantik atau lain-lain. Sesiapa saja boleh nampak hebat dalam selfie dengan bantuan beberapa alat.

No Image Caption

1. Alat: Bingkai foto + daun atau ranting + ais

Merujuk kepada demonstrasi visual, letakkan ais dan daun atas bingkai foto. Bahagikan ais tersebut kepada dua bahagian.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

2. Alat: Laser

Seperti yang ditunjukkan dalam video, penggunaan cahaya dengan warna berbeza memberikan kesan berseri.

Bagi mendapatkan efek pelangi, sinarkan lampu suluh melalui sekeping kaca telus. Sengetkan kaca tersebut ke kiri atau ke kanan sedikit untuk menghasilkan efek pelangi.

No Image Caption

3. Alat: Pembungkus makanan dan air

Pegang pembungkus makanan dan semburkan ia dengan air. Pegang pembungkus tersebut 12 inci dari wajah dan rakam selfie dengan yakin.

Vivo V11 / V11i adalah telefon pintar terbaru dari vivo Malaysia yang menawarkan teknologi fotografi pintar dengan keupayaan AI. Teknologi pengimbas cap jari dalam paparan V11 memberikan kelebihan membuka telefon (unlock) melalui skrin. Kedua-dua telefon boleh didapati dengan variasi Starry Night dan Nebula. V11 didatangkan dengan skrin paparan Super AMOLED dan kedua-dua V11 dan V11i dilengkapi dengan paparan Halo FullView. Bagi cip pemprosesan, V11 dilengkapi dengan Snapdragon 660 AIE dan 6GB RAM manakala V11i dilengkapi dengan MediaTek P60 dan 4GB RAM. Kedua-dua variasi menyediakan 128GB ROM untuk simpanan yang lebih besar.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Vivo Malaysia atau Vivo Store.