Penunggang motor maut rempuh belakang kenderaan berat

Keadaan motosikal mangsa yang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.
Keadaan motosikal mangsa yang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.
A
A
A

TAPAH - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan berat di Kilometer 349.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi itu, Muhammad Haziq Mohd Yusof, 21, beralamat dari Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 secara sendirian melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan berat.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, kenderaan berat yang terlibat masih belum dapat dipastikan," katanya.

Menurutnya, mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: