X

Kindly register in order to view this article
!

Bukan Salah biasa-biasa

- Foto Premier League
A
A

TONGGAK Liverpool, Mohamed Salah terus memastikan The Reds melebarkan cengkaman pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila dua jaringannya menumbangkan kelab corot Watford 2-0 pada aksi di Anfield, malam ini.

Tampil dengan status pilihan memenangi perlawanan ini bagaimanapun jentera depan tuan rumah berdepan kesukaran menembusi benteng kebal The Hornets.

Gol dicari The Reds hanya hadir pada minit ke-38 hasil jaringan Salah bagi memastikan tuan rumah ke bilik persalinan dengan selesa mendahului 1-0.

Bersambung babak kedua Liverpool terus agresif mengasak kubu pelawat bagi menambah jaringan.

Pada minit ke-50, tuan rumah berpeluang melebarkan jaringan, namun gol Sadio Mane yang mendapat umpanan Xherdan Shaqiri dibatalkan video bantuan pengadil (VAR) kerana ofsaid.

Tuan rumah yang tidak menyerah kalah akhir menoktahkan kemenangan bermakna mereka apabila Salah sekali lagi muncul wira The Reds apabila meledak gol pada minit ke-90

Kemenangan di laman sendiri itu membolehkan skuad kendalian Jurgen Klopp itu gah berada di puncak liga dengan 49 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!