Shaza Bae juara Dewi Remaja Edisi 2019

Shaza Bae dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019
Shaza Bae dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019
A
A
A

PESERTA dari Kuala Lumpur, Shaza Bae dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019, sekaligus menepati ramalan ramai yang melihat potensi besar yang ada pada dirinya.

Menerusi kemenangan itu, Shaza atau lengkapnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri, 24, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.

Tempat kedua dimenangi oleh Adriana Ghafar, 21, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Nynaa Harizal, 23. Diikuti Syamira Izzati, 22, dan Shatirah Amanda, 19, di tempat keempat dan kelima.

Sementara itu, Nina Amin, 23, dipilih sebagai Dewi Inspirasi, manakala Shalin, 23, memenangi kategori Dewi Kegemaran.

Dari kiri: Shaza Bae, Adriana Ghafar dan Nynaa Harizal.
Dari kiri: Shaza Bae, Adriana Ghafar dan Nynaa Harizal.

Pada malam kemuncak, kesemua lima finalis diberi dua tugasan akhir iaitu cabaran Video Pesanan Khidmat Masyarakat dan Soal Jawab bersama panel juri.

Kesemua finalis diadili barisan juri yang terdiri daripada Yusry Abdul Halim dan Scha AlYahya selaku juri tetap, manakala Datuk Aznil Hj. Nawawi serta Dr Soo Wincci sebagai juri jemputan.

Pencarian Dewi Remaja Edisi 2019 ini bermula pada 26 Oktober lalu, membabitkan 12 peserta akhir. Rangkaian cabaran diberikan untuk mengasah kemampuan para finalis daripada pelbagai aspek berbeza sepanjang tujuh minggu

Artikel Berkaitan:

Peserta lain yang turut terpilih dalam Top12 dalam edisi kali ini ialah Adriana Fernandez Azmi, 19; Myra Natasya, 24; Saidah Syahirah, 23; Aishah Azhan, 23, dan Syaza Azra, 19.

Malam kemuncak Dewi Remaja 2019 anjuran Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro ini dihoskan oleh Amelia Anderson dan kamal Adli. Acara ini bersiaran langsung dari Visual Three Studio, Sri Kembangan dan dipancarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada Sabtu lalu.