X

Kindly register in order to view this article
!

Segamat dilanda banjir

PPS Balairaya Kampung Lembah Bakti dibuka di Segamat tengahari ini.
A
A

SEGAMAT - Seramai 97 mangsa banjir membabitkan 21 keluarga di Kampung Lembah Bakti Tenang, Labis di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ( PPS) di balai raya Kampung Lembah Bakti berikutan banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat berkata, setakat ini hanya satu PPS dibuka di Segamat setakat tengah hari ini.

Pemantauan berterusan akan dilakukan oleh agensi terlibat seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat berikutan paras air meningkat disebabkan hujan lebat.