Pemandu treler dihempap balak

 Mangsa dipercayai dihempap kayu balak yang jatuh ketika sedang melakukan kerja-kerja mengikat balak tersebut di atas treler.
Mangsa dipercayai dihempap kayu balak yang jatuh ketika sedang melakukan kerja-kerja mengikat balak tersebut di atas treler.
A
A
A

BATU PAHAT- Seorang pemandu treler maut dipercayai dihempap kayu balak yang jatuh ketika sedang melakukan kerja-kerja mengikat balak tersebut di atas treler tersebut di Parit Raja di sini pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II, Shalneeraj Abdullah berkata, mangsa yang berusia 48 tahun itu telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan kira- kira jam 9.19 pagi sebelum lima anggota bomba dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam bergegas ke lokasi itu.

"Bomba mendapati mayat mangsa yang dihempap kayu balak sudah dikeluarkan oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: