X

Kindly register in order to view this article
!

Bomba bantu pindah mangsa banjir

Anggota bomba dan penyelamat membantu memindahkan penduduk di Kampung Sungai Baru Mas Kota Tinggi.
A
A

JOHOR BAHRU - Penduduk di beberapa kampung di Mersing dan Kota Tinggi berdepan masalah untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara ( PPS) awal pagi tadi.

Bagaimanapun mereka dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat Mersing dan Bandar Penawar

Di Kampung Tenglu Laut Mersing, lima mangsa termasuk dua kanak-kanak perempuan dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan SK) Tenglu kira-kira jam 3.20 pagi tadi.

Enam anggota bomba dari Mersing terlibat membantu memindahkan penduduk terbabit berikutan paras kenaikan air sehingga 0.6 meter.

Sementara itu, seramai 15 penduduk termasuk seorang bayi dari Kampung Sungai Baru Mas Kota Tinggi dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Sungai Baru Mas kira- kira jam 3.59 pagi tadi berikutan paras kenaikan air sehingga 0.2 meter.

Rumah penduduk dinaiki air sehingga 0.2 meter.
Rumah penduduk dinaiki air sehingga 0.2 meter.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!