Perak FA import pemain persis selebriti K-Pop?

Paparan Twitter Perak Power tular di laman sosial. Gambar kecil: Jeon Hyo-Seok
Paparan Twitter Perak Power tular di laman sosial. Gambar kecil: Jeon Hyo-Seok
A
A
A

IPOH - Tular di laman Twitter apabila pengendali akaun Perak Power memuat naik beberapa foto didakwa seorang pemain import dari Korea Selatan yang bakal dibawa masuk oleh pasukan bola sepak Perak (Perak FA).

Menerusi entri Perak Power, pemain itu bakal berada di posisi pertahanan dan menyifatkan kehadiran pemain itu akan membuatkan stadium dipenuhi gadis-gadis pada musim hadapan.

Perkongsian itu turut dihujani peminat dari perempuan yang teruja dengan ketampanan pemain bernama Jeon Hyo-Seok.

Lebih 9,500 ulang ciap, rata-rata netizen memuji ketampanan wajah pemain import ini yang setanding selebriti di Korea.

Anak kelahiran Korea Selatan yang baru berusia 22 tahun itu pernah beraksi di kelab bola Asan Mugunghwa FC sebelum berhijrah ke luar negara.

Dalam pada itu, ada juga mempertikaikan kehebatan pemain itu kerana disifatkan seperti 'jambu'.

"Betoi ke boleh main bola ni? Dah rupa artis K-Pop je. Kena 'body' dengan Herold Goulon ni mau melayang. Tak pun kena siku dengan Shukor Adan mau berenti terus main bola ni. Takkanlah rupa jambu ni main 'defend'. Kena 'scam' ke apa Perak kita ni, kome oi," ciap Perak Power.

Kelab bola sepak Perak FC masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai pemain yang memiliki ketinggian 187 sentimeter itu, namun ramai peminat perempuan dari The Bos Gaurus berharap khabar angin tersebut betul kerana bersemangat untuk menyokong pasukan itu pada tahun hadapan.

Artikel Berkaitan:

Theodore D Arjuna berkata, "Muka jambu tak semestinya tak keras dalam padang. Tengoklah dia main dulu 'chor'."