Angka korban empat serangan di Iraq meningkat

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SALADIN (Iraq) - Angka korban akibat empat serangan berasingan di wilayah-wilayah Saladin dan Diyala, Iraq meningkat kepada 15 orang, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan sumber keselamatan hari ini.

Sumber itu yang enggan dinamakan atas alasan keselamatan berkata, sejumlah 11 anggota militia Hashd al-Shaabi terbunuh dalam dua letupan bom trak berhampiran pusat pemeriksaan di bandar Samarra di Saladin.

Tiga kanak-kanak maut di bandar Al-Shirqat di Saladin apabila sebutir bom meletup di sebatang jalan menuju ke sebuah sekolah rendah.

Selain itu seorang terbunuh manakala dua lagi cedera di wilayah Diyala apabila sebutir bom yang dipasang pada sebuah motosikal meletup.

Tiada organisasi mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan terbabit namun sumber keselamatan berkata, ia adalah serupa dengan serangan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas Daesh. - Bernama

Artikel Berkaitan: