X

Kindly register in order to view this article
!

Macau Scam: Kerani rugi RM488,000

A
A

KUCHING - Seorang kerani kerugian sebanyak RM488,000 selepas menjadi mangsa penipuan dalam talian atau Macau Scam di Miri baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kerani berumur 58 tahun itu menerima panggilan telefon yang mengatakan dia kononnya terlibat dengan kegiatan pengubahan wang haram.

Beliau berkata, kerani itu mula menerima panggilan telefon pada 17 November daripada seorang individu yang mengaku sebagai Sarjan Yap Chee Hong yang menuduh dia mempunyai dua kes mahkamah iaitu nombor telefonnya digunakan untuk penipuan dan akaun banknya digunakan untuk pengubahan wang haram.

“Takut dengan dakwaan itu, kerani berkenaan akur dengan arahan individu itu untuk mendedahkan butir-butir peribadi dan kata laluan akaun bank dalam taliannya, dengan harapan dapat dilepaskan daripada dakwaan berkenaan.

"Hanya pada 11 Disember (semalam) dia menyedari dirinya ditipu apabila mendapati wang dalam akaunnya hanya tinggal RM2,000 lebih sahaja," katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus