X

Kindly register in order to view this article
!

Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas

Kawasan Kolam Takungan Air Kampung Pasir Kota.
A
A

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri lemas di Kolam Takungan Air Kampung Pasir Kota di sini selepas hilang sejak jam 3 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ridzuan Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.50 malam tadi.

Menurutnya, laporan polis dibuat keluarga mangsa selepas usaha mencari kanak-kanak terbabit gagal.

"Maklumat awal dari saksi mengatakan mangsa tidak dapat dikesan pada 3 petang dan pencarian dibuat sampai jam 11 malam dan keluarga membuat laporan polis jam 11.30 malam.

"Pada pagi ini anggota kami dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim membuat pengesahan dan memanggil bantuan unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi membantu dalam operasi menyelamat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus