Minuman keras bernilai lebih RM200,000 dirampas

Minuman keras tidak sah dirampas PPM Marin Wilayah Dua Johor dalam serbuan di sebuah premis di Taman Seri Orkid Skudai kelmarin.
Minuman keras tidak sah dirampas PPM Marin Wilayah Dua Johor dalam serbuan di sebuah premis di Taman Seri Orkid Skudai kelmarin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas sebanyak 4,104 tin minuman keras tidak sah bernilai RM277,924 dalam serbuan di sebuah premis di Taman Seri Orkid Skudai di sini kelmarin.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Abd Rahman Mohamad berkata, dalam Op Landai jam 9 malam tersebut, seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun turut ditahan.

Katanya, lelaki terbabit dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual dan membekalkan minuman keras tidak bercukai dan berlesen kepada peniaga di kawasan Johor.

"Hasil pemeriksaan lanjut menjumpai sejumlah 171 karton pelbagai jenis minuman keras tidak sah.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua barang rampasan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua, Johor untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: