X

Kindly register in order to view this article
!

37 kawasan di utara Sarawak terjejas banjir

A
A

KUCHING - Sebanyak 37 penempatan di daerah Marudi di utara Sarawak masih terjejas oleh banjir setakat jam 4 petang ini, kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri hari ini.

Pegawai sekretariat itu, Mejar Ismail Mahedin berkata, antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Kuala Tutoh, Kampung Dagang, Kampung Cina, Kampung Kuala Ridan dan Kampung Padang Kerbau dan usaha menyalurkan pek makanan telah dijalankan kepada penduduk di penempatan berkenaan.

“Sebanyak 843 pek bekalan makanan telah disalurkan di semua kawasan terjejas antaranya Kuala Tutoh, Lubok Nibong Pasar Lama, Rh Asong Linei, Rh Lajang Linei, Rh Anthony Linei, Rh Sumping Linei dan Rh Rok Linei Long Patan kerana mangsa terputus hubungan untuk keluar dari kediaman,” katanya.

Sementara itu, katanya, 16 kawasan di Beluru dan enam di Telang Usan, dua buah daerah berdekatan Marudi, juga terjejas banjir namun keadaan masih belum menunjukkan keperluan untuk membuka pusat pemindahan sementara. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus