Tergamak sungguh kamu!

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki tergamak memukul kepada ibunya dengan batang penyapu kerana tidak memberikan wang yang diminta.

Kejadian yang berlaku di Seberang Takir kira-kira jam 4.30 petang semalam itu mengakibatkan warga emas berusia 70 tahun itu sakit di bahagian kepala.

Menurut sumber, ibunya enggan memberikan wang seperti diminta kerana suspek yang berusia 37 tahun terlalu kerap meminta wang menyebabkan lelaki itu yang juga seorang penganggur berang lalu mengamuk.

“Selain mengamuk, suspek bertindak memecahkan pinggan dan barangan di rumah. Tidak cukup dengan itu, dia mengambil penyapu dan memukul kepala ibunya dengan buluh batang penyapu.

“Mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak kerana bimbang kejadian itu berulang,” katanya.

Susulan laporan yang dibuat mangsa, suspek telah ditahan di rumah mereka kira-kira jam 9 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan penahanan suspek.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Artikel Berkaitan: