Kes bunuh selesai dalam tempoh 24 jam

 Laporan portal Sinar Harian 10 Disember 2019.
Laporan portal Sinar Harian 10 Disember 2019.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes pembunuhan ejen pengurusan mayat yang ditemui di tepi jalan di Kampung Kilang Baru, Kulim, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kulim, Deputi Supertendan Safuan Md Noor berkata, kesemua suspek berusia antara 21 hingga 27 tahun, dua daripadanya bekerja kilang dan tiga lagi tidak bekerja.

"Empat suspek tidak memiliki rekod kesalahan lampau manakala salah seorang daripada mereka memiliki rekod berkaitan dadah.

"Susulan itu, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 17 Disember depan untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ejen pengurusan mayat dibunuh, dicampak tepi jalan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di kepala ditemui di tepi jalan berhampiran kawasan pembenihan anak Ikan Kampung Kilang Baru.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner, Sapii Ahmad berkata,siasatan mendapati lelaki terbabit berusia 36 tahun dan dipercayai berasal dari Kulim.

Artikel Berkaitan: