Saya sedia beri keterangan, kata Anwar

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberi keterangan kepada pihak polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan membabitkan dakwaan seorang individu dikenali Muhammed Yusoff Rawther.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, merujuk kepada fitnah baharu terhadapnya, beliau berterima kasih kepada pihak polis kerana telah menyegerakan siasatan tersebut.

"Ingin saya tegaskan bahawa saya bersedia memberi keterangan kepada pihak polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis hari ini memaklumkan akan memanggil Anwar untuk diambil keterangan susulan dakwaan Muhammed Yusoff bahawa dirinya dicabul.

ARTIKEL BERKAITAN: Yusoff Rawther: Anwar akan dipanggil beri keterangan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya juga akan memanggil beberapa saksi lain bagi melengkapkan kertas siasatan kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buka kertas siasatan kes Yussof Rawther

Polis sambung rakam keterangan Yusoff Rawther

Artikel Berkaitan:

Semalam, Muhammad Yusoff hadir buat kali kedua di Ibu Pejabat Bukit Aman.

Pada Sabtu lalu, lelaki itu telah membuat laporan polis dan menyerahkan akuan bersumpah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul supaya polis menyiasat dakwaan berhubung kes cabul terhadap dirinya selain mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli politik berkenaan.