X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada laporan kes curi di kedai dobi Tanjong Karang: Polis

Perbuatan individu itu yang dirakam CCTV di kedai dobi layan diri tular di Facebook.
A
A

TANJONG KARANG - Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kes mencuri pakaian dan beg di sebuah kedai dobi layan diri di Tanjong Karang seperti yang tular di Facebook hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, pihaknya sehingga kini masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa terlibat.

"Tiada sebarang laporan mengenai kes ini," katanya dalam aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian.

Hari ini tular di Facebook berhubung perbuatan individu dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mencuri beg dan baju di mesin dobi.

Selain rakaman video CCTV berdurasi 30 saat beberapa keping gambar turut dimuatnaik pemilik akaun Facebook terbabit.

Pemilik akaun terbabit meminta orang ramai membantunya bagi mengesan perbuatan individu atau ahli keluarga terlibat.

"Anak siapa yang rembat (mencuri) barang aku di dobi Tanjong (Karang). Siapa kenal ibu bapa atau individu terlibat tolong maklum," tulisnya.