Sembilan persatuan anjur ulang tahun Perjanjian Damai Hatyai: Polis

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti sembilan persatuan yang terlibat dalam penganjuran Majlis Peringatan Ulang Tahun Ke-30 Perjanjian Damai Hatyai di Kajang, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya juga mengenal pasti empat individu yang memberi ucapan pada majlis tersebut antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie iu; Editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil Parti Komunis Malaya dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.

“Setakat ini seramai enam saksi telah diambil keterangan, manakala saksi-saksi lain akan dirakam keterangan berdasarkan temu janji yang telah ditetapkan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Huzir berkata, pihaknya telah menerima 72 laporan polis berkait isu yang sama.

“Siasatan masih lagi dijalankan dan beberapa tindakan akan diambil termasuk mendapatkan keterangan daripada pakar sejarah, selain laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pendaftar Pertubuhan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan berserta cadangan tindakan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu PKM: Bukit Aman terima 29 laporan

Artikel Berkaitan:

Sebuah portal berita melaporkan, kira-kira 300 orang telah menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas ahli PKM itu di Kajang, baru-baru ini.

Perjumpaan itu difahamkan sebagai memperingati Ulang Tahun Ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai segera siasatan pertemuan ahli PKM di Kajang