X

Kindly register in order to view this article
!

Tulisan nota ini milik siapa?

Foto dimuat naik di Facebook Ken Lim sebelum tular di laman sosial.
A
A

GEORGETOWN - "Lain kali jangan tinggal kunci motor, nanti orang curi, ingat tu," demikian kata-kata nasihat individu misteri kepada pemilik motosikal dikenali Ken Lim.

Ken Lim berada di pusat peranginan pada Sabtu lalu untuk menaiki kereta kabel Bukit Bendera.

Ketika menuruni bukit, dia menyedari kunci motosikalnya hilang dan bertindak menghubungi ibunya untuk membawa kunci simpanan ke Bukit Bendera.

Bagaimanapun ketika menunggu kehadiran ibunya, Ken Lim mengeluarkan topi keledar dan terkejut apabila kunci motosikalnya terjatuh dari topi keledar.

Kunci itu tersembunyi di dalam topi keledar bersama satu nota ringkas.

Menerusi Facebook Ken Lim, dia tidak tahu siapa yang meninggalkan nota tersebut tetapi apa yang dia tahu individu itu sangat baik hati.

"Saya tahu dia sangat baik dan ingin bertemu dengannya.

"Siapakah anda? terima kasih banyak. Tolong maafkan kesilapan saya dan terima kasih kerana menyembunyikan kunci di dalam topi keledar. Semoga Tuhan memberkati kamu!," tulisnya.

Dalam pada itu, Ken Lim berharap dapat bertemu pemilik nota misteri dan meminta bantuan netizen untuk mencari individu tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus