Nasib baik ada jiran

Keadaan bilik tidur yang musnah dalam kebakaran itu.
Keadaan bilik tidur yang musnah dalam kebakaran itu.
A
A
A

GUA MUSANG - Tindakan pantas bilal masjid Kampung Pulau Setelu di sini, memadamkan api berjaya menghalang kebakaran daripada terus merebak dan memusnahkan keseluruhan rumah jirannya, semalam.

Zakaria Omar, 54, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, dia baru sahaja bercadang untuk ke bandar Gua Musang.

Menurutnya, dia menyedari kejadian itu apabila ternampak asap hitam keluar dari tingkap rumah jirannya.

“Saya terus buka pintu dan lihat api sudah marak di bahagian hadapan. Lalu, saya putuskan bekalan elektrik dan padamkan api menggunakan air.

“Nasib baik ada beberapa orang bantu saya padamkan api daripada terus merebak. Nasib baik juga masa tu tiada orang di rumah,” katanya.

Pemilik kediaman, Zainu Yahya berkata, ketika kejadian dia bersama tiga anaknya berada di rumah rakannya.

Katanya, dia hanya tahu rumahnya terbakar selepas dimaklumkan penduduk kampung.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.22 pagi.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, seramai 11 anggota bersama komander operasi ditugaskan untuk mengawal api di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, semasa anggota tiba pada jam 10.05 pagi, api telah berjaya dipadamkan orang awam,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!