Temui Minarwan, Liang Chuan di Sweat & Shoot

Aksi hebat yang dipamerkan Liang Chuan dalam sukan bola keranjang. - Foto Facebook Marcus Yek Liang Chuan
Aksi hebat yang dipamerkan Liang Chuan dalam sukan bola keranjang. - Foto Facebook Marcus Yek Liang Chuan
A
A
A

PENGUNJUNG dan peserta cabaran program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan bintang sukan tanah air iaitu legenda hoki negara, Datuk Minarwan Nawawi.

Program yang berlangsung Ahad ini di pekarangan kompleks Kumpulan Media Karangkraf turut menampilkan jaguh sukan bola keranjang negara, Yek Liang Chuan.

Minarwan yang dipilih sebagai ikon berkata, program yang bertemakan Sukan Tanpa Diskriminasi bertepatan untuk kembali mengukuhkan perpaduan melalui sukan.

“Sukan adalah sport for all. Kadang-kadang kita dengar ada pilih kasih, ada sukan yang hanya dimonopoli oleh kaum tertentu dan melalui program ini ia menjadi satu landasan untuk kita mengukuhkan perpaduan.

“Jika dibandingkan sukan pada zaman saya dahulu, semua jenis sukan disertai oleh semua kaum. Perpaduan kami dalam sukan begitu kukuh. Jadi sukan itu memainkan peranan penting untuk kita semua,” katanya.

Mirnawan (kanan) meraikan jaring gol dalam perlawanan separuh akhir menentang India di Sukan Komanwel-16 di Kuala Lumpur, 19 September 1998. Pasukan hoki negara menang pingat perak secara keseluruhannya dalam temasya sukan itu.
Mirnawan (kanan) meraikan jaring gol dalam perlawanan separuh akhir menentang India di Sukan Komanwel-16 di Kuala Lumpur, 19 September 1998. Pasukan hoki negara menang pingat perak secara keseluruhannya dalam temasya sukan itu.

Minarwan bukan asing dalam kalangan peminat sukan tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Rebut RM15,200 dalam cabaran 'sweat & shoot'

Artikel Berkaitan:

Sweat & Shoot: Ke arah Malaysia sihat

Anak kelahiran Melaka itu merupakan kapten untuk pasukan hoki kebangsaan Malaysia dari tahun 1998 hingga tahun 2002.

Beliau juga dikenali sebagai 'The Boss' dan menjaringkan 250 gol sepanjang kerjayanya.

Sementara itu, Pengarah program, Mohd Farrezz Rahmat berkata, kedua-dua ikon sukan berkenaan dipilih berdasarkan kepada objektif program berkenaan.

“Pemilihan kedua-dua ikon sukan itu dibuat berdasarkan kepada objektif program yang secara keseluruhannya mahu menampilkan mesej perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

No Image Caption

“Selain itu, kedua-dua ikon sukan berkenaan juga adalah atlet yang telah mencipta nama dalam bidang sukan masing-masing,” katanya

Program anjuran akhbar Sinar Harian dan Sin Chew Daily ini menampilkan dua acara sukan iaitu street soccer (4 on 4) dan bola keranjang (3 on 3) sebagai acara utama yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,200.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, trofi dan medal, naib juara (2,000 berserta medal), ketiga (RM1,200 berserta medal), keempat (RM800 berserta medal) manakala empat pasukan yang berjaya ke suku akhir bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM150.