Kantoi beli nombor ekor

Anggota Jaim menahan seorang warga emas di sebuah kedai nombor ramalan di negeri ini, kelmarin.
Anggota Jaim menahan seorang warga emas di sebuah kedai nombor ramalan di negeri ini, kelmarin.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menahan dua warga emas daripada lapan individu yang dicekup dalam serbuan Op Ekor di dua daerah di sini petang, kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jaim, Datuk Rahimin Bani berkata, mereka yang ditahan merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia berusia 41 hingga 68 tahun.

Menurutnya, operasi selama tiga jam itu dilaksanakan selepas Jaim menerima aduan orang ramai mengenai tindakan segelintir umat Islam dilihat membeli nombor ramalan (ekor).

"Hasil risikan dan maklumat, individu yang ditahan merupakan pelanggan tetap di kedai-kedai nombor ekor yang terlibat.

"Selain itu, dua warga emas yang ditahan berumur 60 dan 68 tahun termasuk kesemua mereka yang ditahan sedang leka membeli nombor ekor," katanya.

Tambahnya, kesemua suspek diberikan notis hadir bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berjudi.

Dalam pada itu, Op Ekor tersebut melibatkan premis di Taman Cheng Baru, Taman Cheng Permai, Taman Teknologi Cheng, Taman Dato Tamby Chik, Taman Merdeka, Bukit Baru, Taman Cergas dan Taman Tunggal di Alor Gajah.

Artikel Berkaitan: