Bapa Timbalan Perdana Menteri meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud, bapa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah meninggal dunia pada 2.30 pagi tadi.

Berita sedih itu dimaklumkan pengendali Twitter Wan Azizah.

"Dukacita dimaklumkan Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud, ayahanda kepada Timbalan Perdana Menteri, telah kembali ke rahmahtullah awal pagi ini.

"Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Mustaqim,Taman Nirwana, Ampang, Selangor untuk solat jenazah pada jam 9.00am," ciapnya.

Allahyarham Wan Ismail yang berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang itu pernah menjadi pegawai kerajaan selama 30 tahun dan terakhir di Majlis Keselamatan Negara dengan tumpuan kepada pengganas komunis.

Beliau berkahwin dengan Datin Mariah Khamis seorang suri rumah sepenuh masa yang berketurunan Peranakan Cina dari datuk sebelah bapanya.

Keluarga Wan Ismail berasal dari Kampung Laut, Pasir Mas, Kelantan.

Allahyarham mempunyai lima cahaya mata termasuk Wan Azizah yang merupakan anak keduanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilihat antara pemimpin politik terawal menzahirkan salam takziah di Twitternya.

"Sedih menerima berita pemergian ayahanda Dr Wan Azizah, Allahyarham Datuk Wan Ismail Wan Mahmood pagi tadi.

"Takziah kepada Dr Wan Azizah sekeluarga dan semoga Allahyarham beroleh husnul khatimah dan rohnya ditempatkan di dalam syurga yang penuh dengan nikmat ALLAH SWT. Al Fatihah," ciapnya.