Kesebelasan permulaan Perak
A
A

JUARA Piala Malaysia 2018 Perak, terpaksa berpuas hati apabila terikat tanpa jaringan ketika berdepan PDRM pada aksi persahabatan pra-musim Liga Malaysia (Liga-M) 2019 di Stadium Perak, semalam.

Menurunkan sebahagian besar pemain kesebelasan simpanan, skuad The Bos Gaurus itu dilihat masih mampu mempamerkan aksi bertenaga dengan asakan-asakan ke gawang pelawat.

Bagaimanapun, jentera serangan Perak dilihat banyak mensia-siakan peluang di depan gawang lawan bagi membuka jaringan.

Sebaliknya, PDRM pula yang mencemaskan benteng tuan rumah menerusi percubaan ke gawang lawan.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan semakin menggandakan asakan dalam usaha memburu jaringan.

Namun, semua asakan berkenaan berjaya dikekang benteng pertahanan selain dilihat gagal menepati sasaran hingga ke wisel penamat.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia