Sempat buka seluar je...

Pasangan remaja tersebut dibawa ke balai polis. Foto: Enggran Eko Budianto
Pasangan remaja tersebut dibawa ke balai polis. Foto: Enggran Eko Budianto
A
A
A

JOMBANG - INDONESIA. Hasrat sepasang kekasih mahu memadu asmara tergendala selepas mereka ditangkap penduduk dan pihak berkuasa.

Kedua-dua remaja berusia 18 tahun itu dikenali sebagai NAS dari Sukorame, Lamongan dan SF dari Sukosewu, Bojonegoro dilaporkan mahu melakukan hubungan seks ketika diserbu oleh penduduk dan polis di rumah kosong di Jalan Brigjen Kretarto, Desa Sambong Dukuh, Jombang Kota.

"Mereka sudah membuka seluar masing-masing dan terdapat seorang lagi rakan mereka sedang tidur di lokasi sama. Tangkapan itu dibuat selepas menerima aduan penduduk setempat," kata Ketua Jabatan Perpaduan dan Ketertiban, Ali Arifin pada Isnin.

Menurutnya, NAS dan SF baharu sebulan menjalin hubungan.

"Gadis itu sanggup meninggalkan rumahnya untuk bertemu NAS di Kota Santi. Mereka tidur di beberapa tempat berbeza sepanjang berada di Jombang," ujarnya.

Jelasnya, ibu bapa kedua-dua remaja terbabit turut dipanggil untuk memastikan mereka tidak mengulangi perbuatan itu. - DetikNews

Artikel Berkaitan: