Tokoh animasi digital Kamn Ismail meninggal dunia

Kamaruddin
Kamaruddin
A
A
A

PETALING JAYA - Bekas Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Kamaruddin Ismail, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini kira-kira jam 4.15 petang tadi.

Menurut Presiden Animas, Amir Hamzah Hashim, Allahyarham yang turut dikenali dengan nama pena Kamn Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung selepas hampir dua bulan dirawat di hospital berkenaan sebelum ini.

"Sepanjang penglibatan dalam animasi, Allahyarham merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 90-an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian.

"Pada 1997 Allahyarham mencipta dan menerbitkan animasi Keluang Man melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D," katanya.

Menurut Amir, Allahyarham pernah meraih anugerah Filem Animasi Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) 2004 dan 2005 melalui animasi Kumang Legenda Sarawak dan Animasi Legenda Kinabalu.

"Bagi mengenang jasa Allahyarham, pada 1 April 2018, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas telah menobatkan beliau sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam Anugerah Kartunis dan Hari Kartunis 2018 di Muzium Negara," katanya.

Jenazah Allahyarham dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Assalam PJS 3, Petaling Jaya selepas solat Maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang, Petaling Jaya malam ini.

Artikel Berkaitan: