Tian Chua kena 'boo'

Majlis Pimpinan Pusat, Aznizam Huri kelihatan menenangkan Tian Chua yang diejek selepas berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR Ke-14 Tahun 2019 di MITC hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

A
A
A

MELAKA TENGAH - Ucapan penggulungan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua Chang bertukar kecoh apabila beliau 'diboo' ketika menyebut nama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam ucapannya hari ini.

Ucapan beliau diejek perwakilan yang berada di Dewan Kongres di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini sehingga memaksa Pengerusi Tetap PKR, Datuk Ahmad Kassim mengarahkan semua perwakilan kekal bertenang.

Bagaimanapun, dewan kongres tetap riuh menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun menenangkan keadaan sebelum Ahmad Kassim sekali lagi meminta semua menghormati permintaan presiden.

Antara perwakilan 'boo' Tian Chua pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR Ke-14 Tahun 2019 di MITC hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Antara perwakilan 'boo' Tian Chua pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR Ke-14 Tahun 2019 di MITC hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Terdahulu, ketika berucap Chua Chang meminta semua mengenang kembali keringat semua pimpinan yang berkorban sepanjang 20 tahun penubuhan PKR.

"Cuba kita fikirkan 20 tahun yang lalu nak sebut 'Hidup Anwar' dalam keadaan berseorangan di bawah tahanan ISA. Berapa dalam kalangan kita berani?

“Kita harus ingat singgah-sana PM (Perdana Menteri) ini ditukar dengan pengorbanan pelbagai pihak. Semua yang kita lalui sepanjang 20 tahun termasuk Timbalan Presiden. Tanpa pengorbanan Azmin Ali, parti ini tidak ke mana,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tian Chua
Tian Chua

Beliau berkata, walaupun ketika ini banyak pimpinan yang tidak bersependapat, bergaduh dan berselisih faham, namun tidak wajar untuk semua melupakan jasa mereka.