Perwakilan PKR bersorak pecat ahli langgar peraturan parti

Perwakilan dari Wilayah Persekutuan Che Zam Hamzah ketika perbahasan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini. - Foto Bernama
Perwakilan dari Wilayah Persekutuan Che Zam Hamzah ketika perbahasan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Sorakan 'pecat' bergema di dalam dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang tadi.

Perwakilan yang bangun bersorak ketika wakil PKR Wilayah Persekutuan, Che Zam Hamzah mengemukakan usul supaya individu yang melanggar peraturan parti dihadapkan ke lembaga disiplin parti.

Che Zam turut menegaskan bahawa mereka yang tidak bersetuju Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kelapan, juga tidak boleh berada di dalam dewan berkenaan.

"Jangan ada sekelumit yang menghalang. Kita boleh berbeza pendapat.

"Jangan menggunakan pintu belakang halang presiden kita menjadi perdana menteri kelapan. Sesiapa yang tidak setuju, tidak boleh berada di dalam dewan ini.

"Tiada kompromi tentang perkara ini. Individu yang tidak berdisiplin dan melanggar etika patut dihadapkan ke lembaga disiplin," katanya.

Che Zam berkata, beliau sudah puas melihat penghinaan terhadap Anwar dan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Enough is enough!," katanya yang mendapat tepukan dan sorakan perwakilan sebelum disusuli dengan laungan reformasi.

Artikel Berkaitan: