Amirah sudah tiada


Mini konvokesyen yang diadakan di HUSM, bulan lalu.
Mini konvokesyen yang diadakan di HUSM, bulan lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menerima ijazah di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bulan lalu, menghembuskan nafas terakhirnya, jam 6.20 petang, semalam.

Amirah Mohd Zahari, 24, yang menderita akibat jangkitan kuman di otak meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pasir Badak, Ketereh.

Abang ipar, Mohd Izwan Syukri, 32, berkata, keadaan Amirah pada awalnya menunjukkan positif apabila boleh berjalan sendiri dan penglihatannya sudah tidak lagi kabur.

“Tapi, selepas sebulan keluar dari Wad 3 Utara hospital itu, tahap kesihatannya semakin merudum dan hanya mampu terbaring sahaja,” katanya.

Keratan akhbar Sinar Harian ketika majlis konvokesyen mini yang penuh adat istiadat di HUSM, bulan lalu.
Keratan akhbar Sinar Harian ketika majlis konvokesyen mini yang penuh adat istiadat di HUSM, bulan lalu.

Anak ketujuh daripada lapan beradik ini menjadi harapan keluarga apabila berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan UMK dan kakitangan HUSM kerana meraikan majlis konvokesyen mini di hospital bulan lalu,” katanya.

Dalam majlis itu, Naib Canselor, Prof Datuk Dr Husaini Omar menyampaikan sendiri ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Sastera) kepada Amirah, sambil disaksikan ibu bapanya, Mohd Zahari Saat, 63 dan Noriah Mamat, 54.

Artikel Berkaitan:

Penyakit yang dihidapi menyebabkan gadis ini tidak dapat mengambil sijil daripada Pro-canselor UMK ketika Istiadat Konvokesyen UMK, Oktober tahun lalu.