Polis minta lapan individu bikin kecoh di Kongres AMK tampil

Polis hari ini mengedar gambar lapan individu untuk tampil membantu siasatan kes kekecohan pada Kongres Nasional AMK 2019 di sini semalam.
Polis hari ini mengedar gambar lapan individu untuk tampil membantu siasatan kes kekecohan pada Kongres Nasional AMK 2019 di sini semalam.
A
A
A

MELAKA - Polis hari ini mengedar gambar lapan individu bagi meminta mereka tampil membantu siasatan kes kekecohan pada Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019 di sini semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, individu itu diminta tampil segera di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di Bandar Hilir di sini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan menggunakan senjata.

"Saya berharap semua yang terlibat dalam rusuhan semalam tampil membantu siasatan polis. Saya juga ingin menasihatkan kepada semua peserta persidangan ini supaya lebih berdisiplin dan profesional dalam menghadiri persidangan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar mahu pelaku kekecohan Kongres AMK dipecat

'Bergaduh, bertumbuk sehingga berdarah'

Kongres AMK kecoh gara-gara tak pakai samping

Semalam, kongres yang dihadiri lebih 1,000 anggota perwakilan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka itu dicemari insiden kekecohan sehingga mengganggu perjalanan kongres sayap itu, mencetuskan pergaduhan antara penyokong mengakibatkan dua individu cedera.

Artikel Berkaitan:

Laporan Sinar Harian berkaitan kekecohan yang berlaku dalam Kongres Nasional AMK 2019, semalam.
Laporan Sinar Harian berkaitan kekecohan yang berlaku dalam Kongres Nasional AMK 2019, semalam.

Mat Kasim berkata, siasatan lanjut terhadap dua lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu semalam mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan dadah dan kedua-dua mereka direman dua hari bagi siasatan lanjut.

Katanya, siasatan awal kes itu mendapati terdapat dua kumpulan dalam AMK yang terlibat dalam insiden itu iaitu berbaju biru dan hitam yang mana kedua-dua kumpulan itu adalah daripada parti yang sama.

"Kejadian pertama berlaku semalam pada jam 8.25 pagi dan kejadian seterusnya berlaku pada jam 12.30 tengah hari," katanya. - Bernama